Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribut tropika Jangmi, ribuan terputus bekalan elektrik, sembilan cedera
  • GLOBAL

Ribut tropika Jangmi, ribuan terputus bekalan elektrik, sembilan cedera

Utusan Sarawak 3 hours ago
SEORANG lelaki melihat papan maklumat pelepasan memaparkan penerbangan ke Okinawa yang dibatalkan (kanan, kedua dari bawah) selepas ribut tropika kuat Jangmi menyebabkan lapangan terbang di wilayah itu ditutup ketika ia bergerak menuju tanah besar Jepun. Foto AFP

TOKYO, Jepun: Sebuah ribut tropika kuat membadai barat daya Jepun pada Selasa, menyebabkan bekalan elektrik terputus kepada puluhan ribu kediaman, ratusan penerbangan dibatalkan dan sembilan cedera.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memberi amaran mengenai ombak besar, tanah runtuh dan banjir ketika ribut Jangmi yang diturunkan taraf daripada taufan bergerak ke arah utara selepas melanda pulau subtropika Okinawa pada Isnin.

Semua penduduk bandar Miyazaki di pulau Kyushu, yang berjumlah kira-kira 390,000 orang, dinasihatkan supaya meninggalkan kediaman masing-masing.

Hujan lebat dan angin kencang yang menumbangkan sebatang pokok setinggi 10 meter di Okinawa turut dipaparkan menerusi imej yang disiarkan media tempatan.

PAPAN maklumat pelepasan memaparkan penerbangan ke Okinawa dibatalkan selepas ribut tropika kuat Jangmi menyebabkan lapangan terbang di wilayah itu ditutup ketika ia bergerak menuju tanah besar Jepun. Gambar dirakam di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, pada 1 Jun 2026. Foto AFP

Kira-kira 17,000 isi rumah di Okinawa dan lebih 30,000 lagi di wilayah barat daya Kagoshima terputus bekalan elektrik pada pagi Selasa.

Jurucakap kanan kerajaan Jepun, Minoru Kihara, berkata Jangmi turut menyebabkan sembilan cedera di Okinawa.

Penyiar awam NHK melaporkan bahawa kecederaan itu berpunca daripada objek yang diterbangkan ribut ke arah kenderaan serta angin kencang yang menyebabkan orang ramai hilang keseimbangan.

Kihara turut memberi amaran bahawa perkhidmatan pengangkutan awam di Tokyo dan bandar berhampiran mungkin mengalami gangguan apabila ribut itu menghampiri kawasan berkenaan.

“Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang berkemungkinan terjejas oleh ribut ini, sila beri perhatian terhadap maklumat pemindahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan pertimbangkan untuk berpindah lebih awal,” kata Kihara dalam satu sidang media.

“Terus berwaspada dan pastikan anda mengambil langkah yang sewajarnya untuk melindungi nyawa anda.”

Dua syarikat penerbangan terbesar Jepun, All Nippon Airways dan Japan Airlines, membatalkan sebanyak 600 penerbangan yang dijadualkan antara Isnin hingga Rabu. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 6.2 skala Richter landa perairan selatan Itali 
Next: Dua maut dalam nahas pesawat latihan tentera di Taiwan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.