Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ribut petir, hujan lebat diramal berlaku di 11 negeri
  • NASIONAL

Ribut petir, hujan lebat diramal berlaku di 11 negeri

Utusan Sarawak 6 months ago

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda 11 negeri dan ibu negara hingga pukul 7 malam ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan 3.30 petang ini memaklumkan negeri terlibat ialah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Bagi Pantai Timur pula, negeri terbabit ialah Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang manakala Pahang membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan.

Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Melaka, Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi). 

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Tawau dan Sandakan (Tongod).

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Penemuan dokumen Malaysia di Ukraine: PDRM tunggu maklumat lanjut kedutaan Rusia
Next: Tidak terpinggir, pesara juga terima manfaat pelarasan pencen SSPA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.