Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rh Buddy sokong Dr. Penguang
  • TEMPATAN

Rh Buddy sokong Dr. Penguang

Utusan Sarawak 5 years ago
AHLI BAHARU… Tuai Rumah Buddy Ayai menyerahkan borang keahlian PDP kepada Datu Dr. Penguang Manggil pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Bakong, Rabu lepas.

MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr Penguang Manggil turun padang untuk berjumpa rakyat di Rumah (Rh) Buddy Ayai, Sungai Selepin, Bakong dekat sini Rabu lepas.

Program tersebut diadakan dengan kehadiran yang dihadkan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan ekoran penularan Covid-19.

Dalam program Pemimpin Bersama Rakyat itu, Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Marudi turut membincangkan isu pembangunan infrastruktur, dan isu-isu semasa.

Dalam sesi pertemuan di Rumah Buddy itu, penduduk di rumah panjang berkenaan menyatakan sokongan padu kepada Datu Dr Penguang dalam perjuangannya bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan menyerahkan borang keahlian Parti Demokratik Progresif (PDP) kepada Datu Dr Penguang.

Dalam pada itu Penguang turut menerangkan kepada penduduk di rumah panjang tersebut berkenaan SOP dan arahan PKPP yang perlu dipatuhi.

Penguang meminta penduduk di rumah panjang tersebut untuk memberi kerjasama dengan kerajaan terutama memberi laporan sebarang aktiviti berkenaan pendatang tanpa izin

Sehubungan itu bagi meringankan masalah penduduk di Rumah Buddy, Penguang menyampaikan geran MRP RM25,600.00 yang diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan RM5,000 kepada Biro Wanitanya.

Selain itu sebanyak RM25,000 turut disampaikan bagi membantu memasang jubin di ruai rumah panjang baharu mereka.

Sementara itu JKKK Rumah Ajan Sujang menerima geran MRP RM10,000 yang diterima oleh Kaunselor Peter Sujar.

Turut hadir bersama dalam rombongan Datu Penguang ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri, Alexander Asing, Pegawai Daerah Beluru  Alfred Geling, Pengerusi Majlis Daerah Marudi Kaunselor Edward Mendai, SAO Marliney, Pemanca Enggah dan Ketua-Ketua Masyarakat Daerah Beluru.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Barangan seludup, kenderaan dirampas
Next: Sarawak perlu gandakan saiz ekonomi RM282 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.