PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan akan membuka ‘permohonan ca- dangan projek’ (RFP) bagi projek pembangunan monorel Putrajaya selewat-lewatnya tiga bulan lagi, bagi membolehkan projek itu diteruskan dengan kerjasama pihak swasta.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, terdapat beberapa syarikat swasta yang telah menyampaikan hasrat untuk membangunkan projek itu dan ada juga yang te- lah membuat pembentangan kepada Ketua Setiausaha KWP Datuk Rosida Jaafar.
Bercakap dalam sidang media di Kementerian Wila-yah Persekutuan di sini, se- malam beliau berkata, kos sebenar projek belum ditentukan, kerana antara faktor penentuan kos melibatkan konsep pembangunan mo- norel dan teknologi lokomotif.
“Ada yang mencadangkan konsep tram. Ada yang ca- dang guna sistem yang tidak menghasilkan bunyi yang kuat iaitu monorel yang menggunakan tayar getah supaya tidak mengeluarkan bunyi bising.
“Ada pelbagai dan itu akan menentukan kos. Kita buatnya fleksibel, kita biarkan pihak swasta untuk berikan cadangan mereka sen- diri. Kita akan buat penilaian kita sebaiknya,” katanya.
Pada April lepas, Perbadanan Putrajaya (PPj) mengesahkan projek monorel Putrajaya akan disambung semula, selepas tertangguh sejak 2004.
Menurut laporan media, mengikut perancangan asal, monorel berkenaan dica- dangkan mempunyai dua aliran, satu sepanjang 12 kilometer (km) dengan 17 stesen dan satu lagi sepanjang enam km dengan enam stesen.
Annuar berkata jajaran projek monorel itu telah di- tetapkan berdasarkan infrastruktur asas seperti terowong dan jambatan yang telah di- bina sebelum projek itu di- tangguhkan, pada pertengahan 2004.
Ditanya sama ada jajaran yang ditetapkan turut me- rangkumi kawasan sekitar Putrajaya seperti Cyberjaya, Bangi dan Kajang, Annuar berkata projek monorel itu hanya melibatkan kawasan dalam kendalian Perbadanan Putrajaya (PPj).
Kementerian Pengangkutan akan bertanggungjawab membuat tindakan susulan bagi menghubungkan Putrajaya dengan Bangi, Kajang, Cyberjaya dan seterusnya, katanya.– Bernama