Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Resipi kegigihan: Mi jawa buatan pasangan ini kian dapat tempat di hati pelanggan
  • BISNES

Resipi kegigihan: Mi jawa buatan pasangan ini kian dapat tempat di hati pelanggan

Utusan Sarawak 4 hours ago
 ROWIAN Attenborough Chua bersama isterinya, Paula Bajau, memulakan kembali langkah dalam dunia perniagaan makanan dengan penuh tekad.-Foto Norman B

KOTA SAMARAHAN: Bermula dengan dua kali kegagalan yang pernah mengecewakan, sepasang suami isteri di Open Air Samarahan kini membuktikan bahawa kegigihan dan kecekalan mampu mengubah nasib apabila perniagaan Mi Jawa mereka semakin mendapat tempat di hati pelanggan.

Rowian Attenborough Chua bersama isterinya, Paula Bajau, memulakan kembali langkah dalam dunia perniagaan makanan dengan penuh tekad walaupun pernah melalui pengalaman pahit sebelum ini. Dorongan keluarga, khususnya ibu bapa, menjadi kekuatan utama yang menguatkan semangat mereka untuk tidak terus berputus asa.

“Ini memang perancangan kami suami isteri. Walaupun pernah gagal dua kali, kami tetap bangkit semula. Sokongan keluarga banyak membantu kami untuk teruskan usaha ini,” kata Rowian.

 PELBAGAI menu pilihan yang ada dijual di gerai Mee Jawa milik Rowian dan isterinya.-Foto Norman B

Menurutnya, idea menjual Mi Jawa pada asalnya bukan pilihan utama, namun ia tercetus hasil cadangan bapanya yang melihat potensi besar pada hidangan tersebut.

“Kami cuba kerana yakin dengan pandangan keluarga. Syukur, sambutan yang diterima sangat baik walaupun pada awalnya kami sedikit ragu-ragu,” jelasnya.

Di sebalik keenakan hidangan tersebut, terdapat pengorbanan besar yang tidak diketahui ramai. Pasangan ini memulakan hari seawal jam 6.00 pagi dan hanya pulang ke rumah sekitar jam 7.30 hingga 8.00 malam, demi memastikan perniagaan berjalan lancar setiap hari.

MEE jawa.-Foto Norman B

“Masa bersama anak-anak memang agak terhad. Banyak urusan mereka dibantu oleh ibu bapa kami,” katanya.

Dalam memastikan kualiti rasa sentiasa konsisten, Paula memainkan peranan penting dalam penyediaan kuah Mi Jawa yang menjadi nadi utama hidangan tersebut, manakala Rowian membantu dalam penyediaan bahan dan kelengkapan lain.

“Penggunaan bahan yang berkualiti dan sukatan yang tepat sangat penting. Ia menentukan rasa dan konsistensi yang pelanggan harapkan,” katanya.

Resipi Mi Jawa yang digunakan hari ini merupakan hasil olahan sendiri Paula yang menggabungkan beberapa rujukan sebelum menghasilkan cita rasa tersendiri.

“Setiap resipi ada sentuhan tersendiri. Itu yang menjadikan Mi Jawa kami unik,” tambahnya.

Kini, perniagaan mereka semakin mendapat perhatian dengan kehadiran pelanggan baharu yang semakin meningkat, selain pelanggan setia yang terus menyokong sejak awal.

Kisah pasangan ini membuktikan bahawa setiap kegagalan bukan noktah, sebaliknya permulaan kepada kejayaan jika disertai dengan usaha, kesabaran dan keyakinan yang tidak pernah pudar.

Oleh Norman B

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah
Next: Ringgit Malaysia mata wang terbaik di Asia – Fahmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.