Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Republik Afrika Tengah: Letupan cetus insiden rempuhan di sekolah ragut 29 nyawa
  • GLOBAL

Republik Afrika Tengah: Letupan cetus insiden rempuhan di sekolah ragut 29 nyawa

Utusan Sarawak 13 hours ago

BANGUI (Republik Afrika Tengah): Seramai 29 pelajar disahkan maut manakala 36 lagi cedera parah selepas letupan pada Rabu mencetuskan insiden rempuhan di Sekolah Tinggi Barthelemy Boganda di Bangui, ibu negara Republik Afrika Tengah (CAR).

Menurut Direktorat Perlindungan Awam CAR, kejadian berlaku pada 12.22 tengah hari waktu tempatan apabila sebuah transformer kuasa meletup berhampiran sekolah berkenaan ketika 5,311 pelajar sedang menduduki peperiksaan, lapor Xinhua pada Khamis.

Letupan itu telah mengeluarkan sejumlah besar gas beracun, menyebabkan kesukaran bernafas dan ada yang tidak sedarkan diri. Pelajar yang menjadi panik cuba melarikan diri sekali gus mencetuskan insiden rempuhan.

Menurut laporan itu, angka korban terus meningkat akibat ketiadaan tindak balas kecemasan yang teratur.

Sementara punca sebenar kejadian masih belum jelas, laporan tersebut menekankan keperluan mendesak untuk memperkukuh keselamatan di sekolah-sekolah.

Tempoh berkabung negara selama tiga hari telah diisytiharkan di CAR sejak Khamis bagi menghormati mangsa kejadian.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Kemboja perkenal ubat cegah HIV suntikan jangka panjang Cabotegravir
Next: Sistem Penjagaan Kecemasan Arab Saudi selamatkan nyawa rakyat Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.