Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • RENTAS NEGERI DIBENAR HARI INI
  • NASIONAL

RENTAS NEGERI DIBENAR HARI INI

Utusan Sarawak 4 years ago

PUTRAJAYA, 10 Okt -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri dibenarkan mulai esok pada sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, Oct 10 -- Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob announced that interstate travel will be allowed starting tomorrow during a press conference at the Perdana Putra Building today. —fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

TAHNIAH KELUARGA MALAYSIA … Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri dibenarkan mulai hari ini (Isnin) pada sidang media di Bangunan Perdana Putra semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

“Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong, dan sebagainya.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Keluarga Malaysia atas kerjasama selama ini dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan menyokong kempen imunisasi Covid-19,” katanya pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan dan platform media sosial petang semalam.

Larangan rentas negeri dikuatkuasakan pada 10 Mei lepas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan peningkatan mendadak kes selain Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga pandemik yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional.

PKP seluruh negara pertama kali dilaksanakan pada 18 Mac hingga 3 Mei 2020.

PKP 2.0 dilaksanakan ke atas enam negeri melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah dari 13 Jan hingga 26 Jan sebelum dilanjutkan untuk Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang sehingga 4 Mac lepas.

Continue Reading

Previous: DUN Melaka bubar, beri laluan PRN
Next: Perkeso lancar Pusat Satelit MyFutureJobs IPT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.