Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Remaja perempuan dilapor hilang ditemui selamat di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Remaja perempuan dilapor hilang ditemui selamat di Sibu

Utusan Sarawak 5 hours ago
DITEMUI SELAMAT…..Nurhasyimah Redzuan ditemui selamat oleh pihak JSJ Sarikei di sebuah hotel di Sibu. Foto IPD Sarikei

SARIKEI: Remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Belawai dan menjadi subjek hebahan orang hilang oleh pihak polis telah ditemui dalam keadaan selamat di Sibu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superintenden Aswandy Anis mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi, sebentar tadi.

“Untuk makluman, saya sahkan dah ditemui selamat,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak.

Katanya remaja perempuan tersebut telah ditemui oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarikei di sebuah hotel di Sibu.

“Dijumpai di hotel Sibu oleh pihak JSJ Sarikei dan telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

“Remaja perempuan tersebut masih lagi di Hospital Sibu,” katanya.

Semalam, pihak polis mengeluarkan hebahan orang hilang membabitkan Nurhasyimah Redzuan, 15, dan meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu usaha mengesannya.

Dengan penemuan remaja perempuan tersebut, kes orang hilang tersebut kini dianggap selesai, manakala pihak polis masih menunggu laporan lanjut berhubung keadaan kesihatannya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Jambatan kaca Batu Kawa bakal hubungkan Kampung Rantau Panjang
Next: KPS, LSCC sokong bengkel pensijilan LSVT BIG® di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.