Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Remaja maut kemalangan, polis tahan pemandu wanita 73 tahun
  • KEMALANGAN

Remaja maut kemalangan, polis tahan pemandu wanita 73 tahun

Utusan Sarawak 6 months ago

Remaja lelaki maut di tempat kejadian. 

SIBU: Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah motokar di Jalan Lada, di sini hari ini. 

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, kejadian tragis tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 5.25 pagi tadi.

“Insiden berlaku ketika seorang lelaki tempatan berumur 19 tahun sedang menunggang motosikal dan tiba di lokasi kejadian, dia gagal mengelak sebuah motokar yang dipandu seorang wanita tempatan berusia 73 tahun. 

“Wanita tersebut dikatakan sedang keluar dari simpang kanan jalan untuk memasuki Simpang Lorong Lada 3,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu motokar berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas tuduhan memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

Continue Reading

Previous: Tiga cedera kemalangan dua kenderaan
Next: Tiga wanita selamat, kereta Land Cruiser terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.