Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Remaja dipenjara seumur hidup
  • GLOBAL

Remaja dipenjara seumur hidup

Utusan Sarawak 5 years ago

Metropolitan police press officer Melanie Pressley (C) gives a statement outside the Old Bailey on behalf of the family of the victim, in London on June 26, 2020, after a troubled British teenager who threw the six-year-old French boy off a viewing platform at London's Tate Modern art gallery last year was jailed for life. - Judge Maura McGowan told Jonty Bravery, 18, he would spend at least 15 years in custody for attempting to murder the boy in front of horrified crowds on August 4 last year. (Photo by Tolga AKMEN / AFP)

PEGAWAI Akhbar Polis Metropolitan, Melanie Pressley (tengah) memberikan kenyataan di luar Old Bailey bagi pihak keluarga mangsa, di London pada 26 Jun 2020, setelah seorang remaja Britain yang bermasalah melempar seorang budak lelaki Perancis berusia enam tahun itu dari platform tontonan di galeri seni Tate Modern London tahun lalu dipenjara seumur hidup. • Foto AFP

LONDON: Seorang remaja Britain bermasalah yang melemparkan seorang budak lelaki Perancis berusia enam tahun dari platform tontonan di galeri seni Tate Modern London dipenjara seumur hidup.

Hakim Maura McGowan memberitahu Jonty Bravery, 18, dia akan menghabiskan sekurang-kurangnya 15 tahun dalam penjara kerana cuba membunuh budak lelaki itu di hadapan orang ramai pada 4 Ogos tahun lalu.

Tetapi beliau juga berkata: “Anda mungkin tidak akan dibebaskan.”

Mangsa muda, yang tidak dapat dikenal pasti usianya, telah dilempar dari tingkat 10 di galeri tersebut

Budak tersebut patah tulang belakang, kaki dan lengannya serta mengalami kecederaan di kepala. Bagaimanapun keadaannya bertambah baik tetapi masih memerlukan penjagaan rapi dan mungkin tidak akan pulih sepenuhnya.

McGowan mengatakan apa yang telah dilakukan oleh Bravery adalah ‘tidak berperasaan’ dan ‘di luar imaginasi’.

McGowan memberitahu dia akan kekal menjadi ‘bahaya besar kepada orang awam’, sambil menambah: “Anda hampir membunuh seorang kanak-kanak berusia enam tahun. Anak kecil itu mengalami kecederaan kekal dan mengubah hidup.”

Continue Reading

Previous: Thailand lanjutkan perintah darurat
Next: Kematian di Mexico meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.