ADUM LIU
BATU NIAH: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Sebuah akan perhebatkan rondaan pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga di sekitar pekan Sebauh.
Ketua anggota RELA Daerah Sebauh, Abu Samah ketika dihubungi semalam berkata, PKP fasa pertama dan kedua di Daerah Sebauh adalah terkawal setakat ini.
Katanya, hari ini (15 April) adalah PKP fasa ketiga dan rondaan anggota RELA di sini akan diperhebatkan lagi untuk menggekalkan Daerah Sebauh dalam zon hijau.
“Kita mahu Sebauh dalam zon hijau sepanjang tempoh PKP fasa ketiga berkuatkuasa dengan tidak membenarkan orang luar masuk sesuka hati ke Sebauh sebagai usaha bendung wabak Covid-19 tular ke sini.
“Orang ramai dinasihati teruskan patuhi arahan PKP, utamakan kebersihan diri dan kawasan supaya masyarakat kita selamat daripada jangkitan wabak bahaya,” jelasnya.
Pihak RELA Daerah Sebauh akan terus memberi kerjasama kepada pihak Polis dalam apa sahaja tugas demi keselamatan semua pihak, tambahnya lagi.
Sehubungan itu, turut berterima kasih kepada pihak akhbar Utusan Sarawak yang sering menghubungi dan menyampaikan maklumat perkembangan PKP Daerah Sebauh sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan oleh kerajaan.