Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Rela lepaskan pemain
  • SUKAN

Rela lepaskan pemain

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMAIN muda Piala Presiden Kuching FA yang sedia dilepaskan sekiranya diberi peluang untuk menyarung jersi Sarawak pada saingan bola sepak SUKMA di Johor 2020.

PENOLONG Jurulatih skuad Piala Presiden Kuching FA, Firdaus Morshidi memberitahu, tiada masalah bagi pihaknya melepaskan pemain beraksi di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor 2020.

Menurut beliau, segalanya terpulang kepada pemain itu sendiri sama ada mahu beraksi dalam kejohanan dwitahunan negara itu atau sebaliknya.

“Di pihak kita tiada masalah untuk melepaskan pemain untuk mewakili Sarawak pada Temasya SUKMA XX Johor 2020 nanti.

“Ia terpulang kepada pemain sendiri untuk membuat keputusan berhubung perkara itu,” ujar Firdaus ketika mengulas perkara itu.

Jelasnya lagi, sebagai mana dimaklumkan kepada pihaknya terdapat enam pemain regular yang berada dalam radar pengemudi skuad SUKMA Sarawak, Ahmad Fairuz Mohd. Yunus untuk dipanggil menyarung jersi Sarawak.

Kelompok pemain terbabit adalah dari beberapa posisi malah ada antara mereka yang pernah beraksi pada kejohanan sama di Perak dua tahun lepas.

“Ada pemain terbabit yang pernah beraksi pada SUKMA Perak 2018 selain beberapa muka baharu,” tambah Firdaus sambil enggan mendedah nama pemain berkenaan.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Pique kibar bendera putih
Next: Masa depan Aubameyang belum pasti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.