Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Regata Subis mampu pacu ekopelancongan 
  • WILAYAH

Regata Subis mampu pacu ekopelancongan 

Utusan Sarawak 5 months ago

PECUT... Acara perlumbaan bot panjang yang berlangsung pada Regata Subis 2024 di Tebingan Sungai Sibuti, Bekenu hari ini.

BEKENU: Regata Subis berupaya memacu sektor ekopelancongan dan usaha untuk mempromosikan kawasan Subis kepada orang luar, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak berkata Subis juga mempunyai kawasan pantai yang indah selain Taman Negara Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Katanya, nilai tambah produk tempatan seperti kraftangan, madu kelulut, hasil pertanian dan sumber perikanan, menjadikan kawasan ini menarik untuk dikunjungi.

“Secara langsung, ini bakal meningkatkan sumber pendapatan masyarakat tempatan di Subis. 

“Keunikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu padu dalam kepelbagaian telah memberi peluang kepada ekopelancongan di Subis untuk berkembang dengan pesat.

“Melalui penganjuran Regata Subis ini, dapat menarik minat pelancong dari pelbagai latar belakang khususnya dan merasai kehangatan serta keindahan kehidupan berbilang budaya dan kaum yang ada di sini.

“Ini sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk memahami, menghormati dan menghargai kepelbagaian yang ada, menjadikan Malaysia sebagai contoh yang baik bagi dunia dalam mencapai keharmonian dan perpaduan,” katanya.

Abang Johari berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu pada majlis perasmian Regata Subis 2024 di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dato Lukanisman Awang Sauni merangkap Ahli Parlimen Sibuti dan Pengerusi Regatta Subis 2024.

Sementara itu, pelbagai acara menarik diadakan hari ini dan esok sempena Regata Subis itu di Esplanade Bekenu dengan pelbagai aktiviti menarik.

Antaranya aktiviti acara berkayuh, bot laju selain gerai jualan dan pentas rakyat yang menampilkan persembahan nyanyian, poco-poco, serta penampilan artis malam ini.

Majlis penutup regata itu diadakan esok oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni merangkap Ahli Parlimen Sibuti.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Pelajar perlu semai semangat juang tinggi
Next: Persatuan Pencinta Seni Budaya Selinggar untuk pelihara adat resam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.