Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Real Madrid atasi Juventus, mara ke suku akhir Piala Dunia Kelab
  • SUKAN

Real Madrid atasi Juventus, mara ke suku akhir Piala Dunia Kelab

Utusan Sarawak 1 day ago
PENYERANG Sepanyol Real Madrid #30 Gonzalo Garcia meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan bola sepak pusingan 16 Piala Kelab Dunia FIFA 2025 antara Real Madrid dari Sepanyol dan Juventus dari Itali di Stadium Hard Rock di Miami pada 1 Julai 2025. Foto AFP

MIAMI:  Tandukan Gonzalo Garcia pada separuh masa kedua membantu Real Madrid mencatat kemenangan 1-0 ke atas Juventus pada Selasa, sekali gus memastikan kemaraan pasukan dari Sepanyol itu ke peringkat suku akhir Piala Dunia Kelab FIFA, lapor Xinhua.

Gol kemenangan itu hadir pada minit ke-54 apabila Trent Alexander-Arnold melakukan hantaran lintang dari sebelah kanan untuk membolehkan Garcia menanduk masuk dari jarak dekat.

Pemain berusia 21 tahun itu kini telah menjaringkan tiga gol dan mencipta satu bantuan gol dalam empat perlawanan kejohanan.

Hujan berterusan di kawasan Stadium Hard Rock reda sejurus sebelum sepak mula, mengelak kelewatan selanjutnya selepas gangguan cuaca sebelum ini sepanjang kejohanan.

Juventus melakukan enam pertukaran dalam kesebelasan utamanya, dengan Kenan Yildiz, Francisco Conceicao dan Randal Kolo Muani menggantikan Nicolas Gonzalez, Teun Koopmeiners dan Dusan Vlahovic di bahagian serangan.

Real Madrid pula menyambut kepulangan penyerang bintangnya Kylian Mbappe, yang disenaraikan sebagai pemain gantian selepas terlepas peringkat kumpulan akibat gastroenteritis.

Kecemerlangan penjaga gol Juventus Michele Di Gregorio dengan menyelamatkan beberapa percubaan pemain lawan memastikan Juventus terus bersaing, namun pasukan Serie A itu gagal mencari gol penyamaan ketika berdepan pertahanan Madrid yang berdisiplin.

Real Madrid akan bertemu Borussia Dortmund, yang menewaskan Monterrey 2-1, dalam aksi suku akhir di New York pada Sabtu ini.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Pearly- Thinaah matang, beregu wanita lain tunjuk taring – Rosman
Next: Sektor perseorangan perlu dipertingkat demi impian julang Piala Thomas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.