Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ratusan murid sakit dipercayai akibat makanan tercemar di sekolah
  • GLOBAL

Ratusan murid sakit dipercayai akibat makanan tercemar di sekolah

Utusan Sarawak 5 hours ago
MAKANAN sekolah dicemari ular, ratusan murid alami muntah dan sakit perut. Foto hiasan

HYDERABAD: Kira-kira 165 kanak-kanak jatuh sakit pada Khamis selepas menikmati makan tengah hari percuma di sebuah sekolah di negeri Bihar, timur India.

Menurut laporan media tempatan, keluarga beberapa kanak-kanak mendakwa seekor ular dijumpai dalam periuk yang digunakan untuk menyimpan makanan berkenaan.

Sekolah menengah kerajaan yang menyediakan hidangan dikenali sebagai “mid-day meal” itu terletak di sebuah kampung di daerah Saharsa.

Lebih 500 murid berada di sekolah ketika kejadian, namun tidak semua sempat menikmati hidangan itu sebelum ular berkenaan ditemukan.

Kanak-kanak terbabit pada mulanya menerima rawatan di pusat kesihatan primer selepas mengalami muntah dan sakit perut, sebelum dipindahkan ke fasiliti perubatan yang lebih besar.

Skim “Mid-Day Meal” India dilaksanakan bagi menangani masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin, selain menggalakkan kehadiran mereka ke sekolah secara berkala.

Laporan mengenai murid jatuh sakit selepas makan atau minum di sekolah bukan perkara luar biasa di negara itu.

Pada Mei tahun lepas, lebih 100 kanak-kanak jatuh sakit di kawasan Mokama, Patna di Bihar selepas tukang masak dilaporkan menghidangkan makanan kepada mereka setelah membuang bangkai ular daripada makanan itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: WHO beri amaran peningkatan kes hantavirus dalam wabak ‘terhad’
Next: Malaysia peroleh hak siaran Piala Dunia FIFA, akses TV di India dan China masih belum pasti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.