Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • Rangka pesawat dalam video, gambar bukan milik TUDM
  • UMUM

Rangka pesawat dalam video, gambar bukan milik TUDM

Utusan Sarawak 6 months ago

Foto tular pesawat di pelabuhan yang dikaitkan dengan aset milik TUDM.

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan rangka pesawat yang dipaparkan dalam video dan gambar tular menerusi media sosial adalah miliknya.

TUDM dalam kenyataan memaklumkan bahawa semua pesawat milik pasukan itu berada dalam pegangan dan diuruskan secara sistematik, selamat dan bersesuaian dengan pengoperasian TUDM. 

“Susulan video dan gambar beberapa rangka pesawat (yang dikatakan jenis F-5E buatan Amerika Syarikat) yang tular di media sosial (Facebook, TikTok dan platform X), TUDM ingin menegaskan bahawa pesawat-pesawat tersebut bukan milik TUDM. 

“Pihak TUDM menyeru agar tidak dilanjutkan sebarang andaian yang boleh menimbulkan spekulasi atau persepsi yang tidak benar berhubung perkara ini,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi 10 saat dan gambar memaparkan beberapa pesawat pejuang yang dipercayai berada di sebuah pelabuhan.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Produk Ikan Empurau, Midin dan Beras Bario didaftarkan di bawah hak harta intelek
Next: Budaya bermukun perlu dipertahankan – Abang Johari 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.