Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Rampasan 4,000 liter diesel bernilai RM108,000 di Miri, suspek ditahan
  • JENAYAH

Rampasan 4,000 liter diesel bernilai RM108,000 di Miri, suspek ditahan

Utusan Sarawak 2 months ago
DIRAMPAS… Sebuah lori yang membawa muatan minyak diesel disyaki diseludup dirampas untuk tindakan lanjut. FotoIPD Miri

MIRI: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Miri berjaya merampas sebanyak 4,000 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM18,000, disyaki cuba diselewengkan dalam satu operasi, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Unit Risikan Marin, Markas Taktikal PPM Wilayah 5 Miri yang terdiri daripada seorang pegawai dan empat anggota menerusi Ops Taring Landai sekitar 7.00 malam.

“Pasukan operasi telah menahan dan memeriksa sebuah lori yang berada di tepi Jalan Bekenu. Hasil pemeriksaan mendapati lori tersebut yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun membawa muatan disyaki minyak diesel.

“Semasa soal siasat awal, pemandu terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Miri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, minyak diesel tersebut telah dirampas dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan yang digunakan dianggarkan berjumlah RM108,000,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, semua barang rampasan dan suspek telah diserahkan kepada KPDN untuk tindakan lanjut.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Sindiket emas palsu tumpas di Miri, empat ditahan, barang bernilai RM15,000 dirampas
Next: Lelaki disyaki edar dadah ditahan di Jalan Bulan Sabit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.