Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ramai penduduk terputus hubungan
  • TEMPATAN

Ramai penduduk terputus hubungan

Utusan Sarawak 5 years ago
MUSIBAH… Hujan lebat menyebabkan Jalan Nanga Buai Melanjan, Padeh, runtuh pagi semalam.

ADI SAFARMAN

BETONG: Pembetung yang tersumbat dengan pokok besar selain tekanan kuat hujan yang melanda menyebabkan Jalan Nanga Buai Melanjan, Padeh, runtuh pagi semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, PBK I Henry Jugah berkata, kejadian berlaku jam 6.40 pagi selepas ia disedari penduduk kampung berhampiran.

“Pembetung di bawah jalan berkenaan mengalirkan air dari Sungai Sibau.

“Akibat tersumbat dengan pokok, air sungai berkenaan melimpah dan tekanan air semakin kuat disebabkan hujan lebat menyebabkan jalan itu runtuh,” katanya pada kenyataan kepada media semalam.

Menurut Henry, jalan itu terputus sejauh kira-kira 20 meter dan mendap sedalam kira-kira sembilan meter.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong memaklumkan jalan berkenaan akan dibaik pulih serta merta.

“Kejadian juga tidak membabitkan kehilangan harta benda dan nyawa.

“Bagaimanapun, penduduk berhampiran masih boleh melalui Sungai Sibau dan keluar di Stesen Pertanian Betong,” kata Henry.

Continue Reading

Previous: Ziarah Hari Raya, Gawai sehari sahaja
Next: 21 pelajar IPTA, IPTS kembali ke Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.