Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rakyat terus nikmati peruntukan MRP
  • TEMPATAN

Rakyat terus nikmati peruntukan MRP

Utusan Sarawak 5 years ago
BERSATU PADU… Dato’ Sri Fatimah dan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak pada Program Ziarah di Kampung Medong Dalat.

DALAT: Peruntukan berjumlah RM149,000 diluluskan untuk membiayai beberapa projek di Kampung Kekan, dekat sini.

Surat kelulusan itu disampaikan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah pada Jumaat lalu dan diserahkan kepada Ketua Kaum, Augustine Kupang bagi Kampung Kekan Proper dan Ketua Kaum (KK), Uprel Depit untuk Kampung Kekan Seberang.

Penyampaian peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) itu disampaikan sempena dengan Program  Ziarah Kampung Kekan.

Projek yang terlibat bagi Kampung Kekan Proper ialah naik taraf dewan serbaguna  yang berjumlah RM50,000, projek bina jalan simen di Kampung Tegup (RM20,000) dan naik taraf jalan jeti Balai Raya (RM25,000).

Manakala, Kampung Kekan Seberang menerima projek penyambungan tebingan hakisan sungai yang berjumlah RM36,000 dan pembinaan dua jeti berbumbung di muara Sungai Kut-Kampung Kekan Seberang yang berjumlah RM18,000.

Fatimah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat turut  menghadiri program sama di Balai Raya Kampung Medong Hulu.

Pada program itu, beliau juga menyampaikan peruntukan MRP kepada Kampung Medong Hulu dan Kampungg Medong Seberang.

Projek yang terlibat ialah baik pulih titi belian di hadapan Klinik Desa menuju ke jalan utama Kampungg Medong yang berjumlah RM34,000, membina titi belian di Kampung Medong Hulu (RM24,000), membina titi belian dari rumah Ubeh Mukan ke jalan utama Kampung Medong Hulu (RM39,500) dan baik pulih rumah belanga Kampung Medong Seberang (RM20,000).

Surat kelulusan dan cek MRP projek tersebut diserahkan  kepada KK Kim Bol yang mewakili Kampung Medong Hulu dan KK  Mahrup Libeng yang mewakili Kampung Medong Seberang.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Fasa 2 Hospital Sri Aman siap Februari 2021
Next: Sistem saliran Tanjung Sebekut dinaik taraf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.