Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rakyat sambut Aidilfitri dalam suasana harmoni, aman damai
  • Tengah
  • WILAYAH

Rakyat sambut Aidilfitri dalam suasana harmoni, aman damai

Utusan Sarawak 1 month ago
HADIR… Dayang Noorazah Awang Sohor hadir pada Program Jelajah Raya anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Maludam, semalam.

MALUDAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor menzahirkan rasa syukur kerana rakyat di negeri ini dapat menyambut Aidilfitri dalam suasana harmoni dan aman damai.

Beliau berkata berbanding sesetengah di negara luar yang sering mengalami pergolakan dan huru-hara serta keadaan kehidupan rakyat yang amat sukar, apatah lagi untuk menyambut sesuatu perayaan.

“Kita seharusnya bersyukur dengan nikmat keamanan dan keharmonian yang dikecapi sejak sekian lama.

“Kepelbagaian perayaan yang disambut meriah oleh rakyat Sarawak menjadi lambang keunikan negeri ini bahkan Malaysia dalam menyemai semangat perpaduan masyarakat.

“Maka itu, kita wajib mempertahankan perpaduan ini di samping memperkukuhkannya lagi dengan menepis perbezaan kaum dan agama agar dapat diwarisi oleh generasi pada masa hadapan,” katanya merasmikan Program Jelajah Raya anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Maludam, semalam.

Dayang Noorazah berkata beliau mahu masyarakat di sini jadikan sambutan Aidilfitri sebagai perayaan bersama untuk semua kaum dan menghimpunkan pelbagai kaum dengan mengamalkan budaya kunjung-mengunjung.

Katanya amalan seperti ini perlulah diteruskan kerana melaluinya semangat perpaduan kaum di kalangan anggota masyarakat dapat dipupuk.

“Amalan berkunjung ke rumah terbuka kaum lain, kita dapat memahami, menghormati agama, kebudayaan serta adat resam kaum terbabit dan sekali gus juga hubungan kita sesama kaum juga dapat diperkukuhkan lagi,” katanya.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Platform terbaik kongsi idea, pendapat majukan rumah panjang
Next: Parit disimen sepenuhnya jejas sistem saliran, sukarkan kerja penyelenggaraan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.