
KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Tokyo menasihati rakyat Malaysia di Jepun supaya terus berwaspada dan memantau keadaan setempat dengan teliti susulan gempa bumi berukuran 5.8 magnitud yang melanda bahagian timur laut Wilayah Chiba, petang tadi.
Kedutaan itu, dalam nasihat gempa bumi yang dikongsikan di Facebook, turut menasihati rakyat Malaysia di Jepun supaya merujuk laman web www.jma.go.jp/jma/indexe.html untuk maklumat terkini, amaran dan nasihat yang dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
“Sekiranya berlaku kecemasan, sila hubungi pejabat Kedutaan Malaysia di Tokyo: +81-3-3476-3840 (waktu pejabat) atau talian kecemasan: +81-80-4322-3366 (selepas waktu pejabat) atau e-mel: consular.tyo@kln.gov.my atau mwtokyo@kln.gov.my.
Menurut kedutaan, pada masa ini tiada ancaman tsunami yang dikaitkan dengan gempa bumi itu. – Bernama