Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Rakyat Malaysia boleh mohon pasport versi baharu mulai esok
  • NASIONAL

Rakyat Malaysia boleh mohon pasport versi baharu mulai esok

Utusan Sarawak 4 hours ago
RAKYAT Malaysia boleh mohon pasport versi baharu mulai esok. Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas kini boleh memohon Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan tempoh sah laku sama ada lima tahun atau hingga 10 tahun mengikut keperluan masing-masing, bermula esok. 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pilihan tempoh sah laku itu memberi lebih kemudahan kepada rakyat, khususnya mereka yang kerap ke luar negara atas urusan pekerjaan, perniagaan, pengajian atau bersama keluarga.

Beliau berkata, kadar bayaran bagi pasport dengan tempoh sah laku 10 tahun ditetapkan pada RM350, sekali gus menawarkan penjimatan RM50 berbanding kos memperbaharu pasport lima tahun sebanyak dua kali dalam tempoh yang sama.

“Semoga inisiatif ini bukan sahaja memudahkan urusan rakyat, malah mengukuhkan lagi kedudukan pasport Malaysia sebagai antara dokumen perjalanan yang diyakini dan dihormati di peringkat antarabangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, PMA baharu itu dipertingkatkan dengan 94 ciri keselamatan berbanding hanya 49 pada versi teradhulu, menerusi penggunaan pelbagai teknologi terkini seperti hologram, cetakan ultraungu (UV), latent image serta elemen perlindungan lain bagi mengurangkan risiko pemalsuan, pengubahsuaian dan penyalahgunaan dokumen perjalanan negara.

Beliau berkata pasport baharu itu akan diperkenalkan secara berperingkat di 71 pejabat pasport di seluruh negara bermula Julai ini.

Pada masa sama, beliau menegaskan orang ramai tidak perlu tergesa-gesa menukar pasport sedia ada kerana ia masih sah digunakan sehingga hampir tamat tempoh sah lakunya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Dua rakyat Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Next: PM Anwar lancar pasport Malaysia antarabangsa versi baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.