Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rajinlah membaca untuk tambah ilmu pengetahuan 
  • TEMPATAN

Rajinlah membaca untuk tambah ilmu pengetahuan 

Utusan Sarawak 6 months ago

LAWATAN.....Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh melawat gerai pameran Program Karnival Sarawakku Membaca N41 Kuala Rajang. 

TANJUNG MANIS: Maklumat dan pengetahuan memainkan peranan utama dalam kemajuan serta sangat penting bagi Sarawak untuk meningkatkan tahap literasi dalam kalangan masyarakat. 

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, masyarakat dinasihati supaya kerap membaca supaya mempunyai pemikiran progresif dan pemikiran yang lebih luas lagi agar seiring dengan perubahan dan kemajuan dunia.

“Membaca bukan sahaja merupakan kemahiran asas yang diperlukan oleh setiap individu, malah juga kunci utama kepada penguasaan ilmu pengetahuan. 

“Dengan meningkatkan literasi, Sarawak akan dapat memperkukuhkan dasar-dasar pendidikan dan pembangunan, seterusnya memacu kemajuan yang lebih signifikan dalam masyarakat,” katanya. 

Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata demikian ketika berucap pada Program Karnival Sarawakku Membaca N41 Kuala Rajang anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Sibu bertempat di Dewan Masyarakat Kampung Rajang, hari ini. 

Len Talif berkata dengan membaca, setiap individu mempunyai peluang untuk memahami dan mempelajari perkara yang sebelumnya tidak mereka ketahui. 

“Seperti yang dinyatakan dalam peribahasa, “jauh berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan,”…ini menggambarkan bahawa semakin banyak kita membaca, semakin meluas pengetahuan dan wawasan kita.

“Membaca membuka akses kepada maklumat baru, memperkenalkan kita kepada pelbagai idea dan perspektif serta membantu kita mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis. 

“Oleh itu, menggalakkan tabiat membaca di kalangan masyarakat bukan sahaja memperkaya pengetahuan peribadi tetapi juga menyokong perkembangan intelektual dan kemajuan sosial secara keseluruhan,” katanya. 

Turut hadir ialah Pengurus Wilayah Pustaka Negeri Sarawak, Sibu, Fairul Azli Banchit; Pegawai Daerah Tanjung Manis, Ismail Kasah; Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Matu dan Daro, Sabli Razak dan Pemanca Morshidi Moris. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Sarawak perlu tenaga kerja berkemahiran tinggi 
Next: TYT, isteri singgah di Pasar Lachau 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.