Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Raja Charles sindir Trump, berseloroh rakyat Amerika mungkin bertutur bahasa Perancis tanpa British
  • GLOBAL

Raja Charles sindir Trump, berseloroh rakyat Amerika mungkin bertutur bahasa Perancis tanpa British

Utusan Sarawak 3 hours ago
PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump dan Raja Britain King Charles III tersenyum sambil berbual pada majlis makan malam negara di East Room, White House di Washington, DC, pada 28 April 2026. Foto AFP

WASHINGTON, Amerika Syarikat: Raja Charles III menyindir Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada jamuan negara di Rumah Putih pada Selasa apabila baginda secara berseloroh menyatakan bahawa tanpa British, rakyat Amerika mungkin akan bertutur dalam bahasa Perancis.

Ketika kedua-dua ketua negara bertukar gurauan dalam ucapan semasa jamuan tersebut, Charles merujuk kepada kenyataan terdahulu Trump yang menyasarkan sekutu Eropah yang didakwanya bergantung kepada perlindungan pertahanan Amerika Syarikat sejak Perang Dunia Kedua.

“Anda baru-baru ini menyatakan, Tuan Presiden, bahawa jika bukan kerana Amerika Syarikat, negara Eropah akan bertutur dalam bahasa Jerman. Izinkan saya katakan bahawa, jika bukan kerana kami, anda mungkin akan bertutur dalam bahasa Perancis,” titah baginda secara berseloroh.

Raja itu merujuk kepada kawasan di Amerika Utara yang mempunyai pengaruh British dan Perancis, yang mana kedua-dua kuasa penjajah tersebut pernah bersaing untuk menguasai benua berkenaan sebelum kemerdekaan Amerika Syarikat kira-kira 250 tahun lalu.

Pada sidang kemuncak Davos pada Januari lalu, Trump berkata bahawa tanpa bantuan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua, “anda akan bertutur dalam bahasa Jerman dan sedikit bahasa Jepun.”

RAJA Britain King Charles III berucap sambil Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memerhati pada majlis makan malam negara di East Room, White House pada 28 April 2026 di Washington, DC. Foto AFP

Namun demikian, gurauan ringan oleh baginda mencerminkan suasana mesra ketika beliau dan Trump mengukuhkan “hubungan istimewa” antara London dan Washington, walaupun terdapat ketegangan berhubung konflik di Iran.

Charles turut bergurau dengan menyentuh perubahan di Sayap Timur Rumah Putih, yang dirobohkan oleh Trump bagi membina dewan tarian bernilai AS$400 juta.

“Saya terpaksa menyatakan bahawa kami, rakyat Britain, pernah melaksanakan ‘pembangunan semula hartanah’ kami sendiri terhadap Rumah Putih pada 1814,” titah baginda, merujuk kepada tindakan tentera British membakar bangunan itu.

Baginda juga menyifatkan jamuan tersebut sebagai “penambahbaikan yang ketara berbanding Peristiwa Boston Tea Party”, apabila penjajah membuang muatan teh British ke laut pada 1773.

Trump, seorang peminat tegar keluarga diraja British yang ibunya berasal dari Scotland, lebih banyak menyasarkan jenaka kepada isu domestik.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Charles atas ucapan hebatnya di Kongres hari ini,” kata Trump. “Beliau berjaya membuatkan ahli Demokrat berdiri, sesuatu yang saya tidak pernah berjaya lakukan.”

Sementara itu, baginda turut membawa hadiah sebagai sebahagian daripada usaha diplomatik Britain untuk mendekati Trump selepas beliau mengkritik Perdana Menteri Keir Starmer berhubung isu Iran.

Charles menghadiahkan loceng daripada kapal selam British HMS Trump, yang dilancarkan pada 1944 semasa Perang Dunia Kedua.

“Semoga ia menjadi lambang sejarah bersama dan masa depan gemilang antara negara kita. Sekiranya anda perlu menghubungi kami, bunyikan sahaja loceng ini,” titah baginda, disambut tepukan hadirin. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: AS keluarkan pasport bertema Trump untuk ulang tahun ke-250
Next: Ketua eSafety Australia dakwa terima ugutan bunuh selepas larangan media sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.