Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Raja Charles III muncul raja British pertama dedah bayaran cukai peribadi
  • GLOBAL

Raja Charles III muncul raja British pertama dedah bayaran cukai peribadi

Utusan Sarawak 5 hours ago
FOTO fail… Raja Britain, Raja Charles III melambai ketika tiba pada hari kedua perlumbaan kuda Royal Ascot di Ascot, barat London, pada 17 Jun 2026. Raja Britain, Raja Charles III dijangka mendedahkan jumlah cukai peribadinya pada 25 Jun 2026 sebagai usaha meningkatkan ketelusan, ketika kewangan institusi diraja semakin mendapat perhatian dan penelitian awam di Britain. Foto AFP

LONDON: Raja Charles III muncul raja British pertama yang mendedahkan pembayaran cukai peribadinya, dengan Istana Buckingham mengumumkan pada Khamis bahawa beliau membayar £12.9 juta (kira-kira AS$17 juta) pada tahun cukai 2024 hingga 2025, lapor Xinhua.

Ini adalah kali pertama pembayaran cukai peribadi seorang raja British yang memerintah telah diterbitkan.

Kenyataan Keluarga Diraja mengenai kewangan diraja menunjukkan bahawa raja membayar cukai peribadi £11.7 juta pada tahun cukai 2023-2024.

Jumlah pembayaran cukai sejak beliau menaiki takhta pada September 2022 telah melebihi £30 juta.

Menurut Istana Buckingham angka itu dikeluarkan bersama dokumen baharu yang meringkaskan pelbagai sumber kewangan diraja, sebagai sebahagian daripada usaha Keluarga Diraja untuk meningkatkan ketelusan.

RAJA Britain, Raja Charles III dan Permaisuri Britain, Ratu Camilla memberikan reaksi apabila kuda milik mereka, Warrant Holder, menamatkan perlumbaan di tempat kedua dalam perlumbaan Duke of Edinburgh Stakes pada hari keempat acara perlumbaan kuda Royal Ascot di Ascot, barat London, pada 19 Jun 2026. Foto fail AFP

Raja Charles dan Permaisuri Camilla juga akan terus menggunakan Istana Buckingham untuk majlis istiadat dan majlis awam selepas pengubahsuaian selesai, tetapi tidak akan menjadikannya kediaman peribadi mereka.

“Raja dan Permaisuri akan terus menganjurkan upacara rasmi, majlis resepsi dan acara rasmi lain di istana berikutan siapnya projek baik pulih itu.

Pasangan diraja berharap istana berkenaan akan kekal sebagai pusat istiadat kehidupan diraja, tempat kerja utama Keluarga Diraja dan aset warisan negara yang menawarkan peluang lebih besar untuk akses awam,” menurut kenyataan itu.

Program Penyelenggaraan Istana Buckingham selama 10 tahun kini memasuki tahun kesembilan. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Perdagangan daging kucing penuhi permintaan di Indochina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.