Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Raja Arshad dilantik sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif baharu PHB
  • BISNES

Raja Arshad dilantik sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif baharu PHB

Utusan Sarawak 9 months ago

KUALA LUMPUR: Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) mengumumkan pelantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif baharu berkuat kuasa 16 Ogos 2024, susulan persaraan Tan Sri Ahmad Nizam Salleh pada 1 Ogos 2024.

Dalam kenyataan hari ini, PHB menjelaskan sebagai tokoh penting dalam sektor awam dan swasta, Raja Arshad membawa pengalaman luas dalam bidang korporat ke dalam PHB.

“Beliau kini ialah pengerusi kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan pengerusi Bumi Armada Bhd.

“Beliau juga Felo Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW) dan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) serta Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA), dan beliau berkhidmat dalam majlisnya selama 24 tahun, tiga daripadanya sebagai presiden,” jelas PHB.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB Mohamad Damshal Awang Damit berkata pengalaman luas Raja Arshad dalam pengurusan korporat dan kepimpinan institusi akan menjadi aset yang amat berharga PHB.

Pengalaman beliau akan membantu memajukan mandat PHB untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan aset hartanah komersial utama di Malaysia melalui pengurusan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), sebuah dana amanah patuh syariah, katanya dalam kenyataan yang sama.

PHB adalah cabang operasi Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) dan penaja kepada AHB.

Lembaga Pemegang Amanah YAHB dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi, walaupun Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Next: AirAsia lancar dua laluan baharu ke China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.