Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Rafiq kekal kebal, Lavinia lengkapkan dominasi Malaysia di Terbuka Singapura
  • SUKAN

Rafiq kekal kebal, Lavinia lengkapkan dominasi Malaysia di Terbuka Singapura

Utusan Sarawak 5 hours ago
JAGUH boling negara, Muhammad Rafiq rangkul kejuaraan buat kali ketiga pada Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Singapura 2026, hari ini. Foto Facebook SBF

KUALA LUMPUR: Jaguh boling negara Muhammad Rafiq Ismail berjaya merangkul kejuaraan kategori lelaki buat kali ketiga pada Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Singapura 2026 yang berlangsung di Pusat Boling Rifle Range hari ini.

Dalam aksi final stepladder yang menyaksikan pertembungan sesama pemain Malaysia, Rafiq berjaya mempertahankan kejuaraannya selepas menewaskan Tun Hakim Tun Hasnul Azam 242-226.

Terdahulu, Tun Hakim menempah slot ke final selepas mengatasi rakan sepasukan Ahmad Muaz Mohd Fishol 247-175 pada peringkat separuh akhir.

ATLET muda dari Sarawak, Lavinia Kho rangkul kejuaraan pada Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Singapura 2026, hari ini. Foto Facebook SBF

Sementara itu, pemain muda negara dari Sarawak, Lavinia Kho Jia Jie merangkul gelaran kategori wanita selepas menewaskan rakan sepasukan Nora Lyana Nastasia Norkamal pada aksi final.

Dalam perlawanan pertama, Lavinia mencatat kemenangan 192-184 sebelum mengesahkan kejuaraan menerusi kemenangan 201-188 dalam perlawanan kedua.

Terdahulu, Lavinia mara ke final selepas menundukkan Anis Hannan Romzi 258-166 dalam aksi separuh akhir. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala dunia: Penampilan Brazil jadi tumpuan pagi esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.