Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Qantas hentikan operasi Jetstar Asia akibat kos meningkat dan saingan sengit
  • SEMASA

Qantas hentikan operasi Jetstar Asia akibat kos meningkat dan saingan sengit

Utusan Sarawak 7 days ago
KUMPULAN Qantas Australia akan menutup syarikat penerbangan tambang murah berpangkalan di Singapura, Jetstar Asia selepas bergelut dengan peningkatan kos pembekal, yuran lapangan terbang yang tinggi dan persaingan sengit di rantau ini.

SINGAPURA:  Kumpulan Qantas Australia akan menutup syarikat penerbangan tambang murah berpangkalan di Singapura, Jetstar Asia selepas bergelut dengan peningkatan kos pembekal, yuran lapangan terbang yang tinggi dan persaingan sengit di rantau ini.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, kumpulan itu memaklumkan Jetstar Asia akan terus mengendalikan penerbangan dalam tempoh tujuh minggu akan datang dengan jadual penerbangan dikurangkan secara berperingkat sebelum menghentikan operasinya pada 31 Julai.

“Penutupan Jetstar Asia hanya melibatkan laluan intra-Asia yang dikendalikan dari pangkalannya di Singapura.

“Ia tidak menjejaskan operasi domestik dan antarabangsa Jetstar Airways di Australia dan New Zealand, mahupun Jetstar Japan,” menurut Qantas.

Qantas memaklumkan bahawa Jetstar Airways akan terus beroperasi dari Australia ke destinasi di Asia, termasuk ke destinasi popular di Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Korea Selatan.

Syarikat itu memaklumkan pelanggan Jetstar Asia yang memiliki tempahan pada penerbangan yang dibatalkan akan ditawarkan bayaran balik penuh dan kumpulan itu akan berusaha untuk memindahkan pelanggan ke syarikat penerbangan lain, sekiranya boleh.

Sementara itu, semua pekerja yang terjejas akan menerima manfaat penamatan kerja serta sokongan perkhidmatan pekerjaan.

Qantas juga sedang giat bekerjasama mencari peluang pekerjaan dalam kumpulannya dan bersama syarikat penerbangan lain di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qantas Vanessa Hudson berkata, meskipun pelbagai usaha telah dibuat, kumpulan itu menyaksikan beberapa kos pembekal Jetstar Asia meningkat sehingga 200 peratus, sekali gus mengubah struktur kos syarikat secara drastik.

“Kami sangat berbangga dengan pasukan Jetstar Asia dan usaha mereka dalam menyediakan tambang murah, prestasi operasi yang kukuh dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

“Ini adalah hari yang sangat sukar bagi mereka,” katanya sambil merakamkan penghargaan atas sumbangan mereka terhadap industri penerbangan di rantau ini selama dua dekad.

Qantas menjangkakan Jetstar Asia mencatatkan kerugian EBIT asas sebanyak A$35 juta pada tahun kewangan ini.

Penutupan Jetstar Asia juga akan membolehkan kumpulan itu menjana semula modal sehingga A$500 juta untuk menyokong program pembaharuan armadanya, menurut kenyataan itu. (A$1 = RM2.75) — Bernama

Continue Reading

Previous: 11 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci setakat ini
Next: Jambatan Igan siap sebelum Aidilfitri 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.