Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pyanhabib tiada galang ganti
  • NASIONAL

Pyanhabib tiada galang ganti

Utusan Sarawak 11 months ago
JENAZAH penyair dan pelakon Mohd Supyan Abdul Rahman, 66, atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib disolatkan di Masjid As Sobirin, Lembah Keramat, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) — Persada seni tanah air kehilangan satu lagi permata berharga yang tiada galang gantinya selepas penyair dan pelakon Mohd Supyan Abdul Rahman atau Pyanhabib, 66, menghembuskan nafas terakhirnya malam tadi.

Menurut penyanyi dan pencipta lagu M. Nasir, Pyanhabib merupakan seniman yang unik, istimewa dan pemergian individu yang digambarkan sebagai seorang setia kawan itu merupakan kehilangan besar buat industri seni negara.

“Tiada orang lagi macam dia … sajak terkenalnya bertajuk ‘Suara’, itulah mencerminkan sikapnya sehingga hari ini,” katanya.​​​​​​

PENYANYI Datuk M. Nasir membaca doa di pusara penyair dan pelakon Mohd Supyan Abdul Rahman, 66, atau lebih dikenali sebagai Pyan Habib di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, hari ini. FotoBERNAMA

M Nasir berkata beliau terkilan kerana hasrat untuk melibatkan Pyanhabib dalam konsertnya ‘Dato’ M. N45ir’ yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 10 Ogos depan, tidak kesampaian.

Sahabat karib yang juga pelakon, pelawak dan kartunis Imuda pula menyifatkan arwah seorang baik hati dan suka mengambil berat dan seniman yang disayangi ramai.

“Saya dengan dia sangat rapat macam abang dan adik, kami kenal dari awal kerjaya lagi. Terkejut dengar berita sebab saya lama tak jumpa dia… masing-masing kurang sihat.

“Banyak kenangan manis susah senang bersama. Di awal kerjaya dulu kami pernah kongsi makan roti canai di Central Market (Pasar Seni) dan sama-sama mengasah bakat menjadi pemain teater yang baik, malah waktu kahwin pun saya jadi pengapit. Saya kahwin dia jadi pengapit, begitulah akrabnya kami,” katanya. 

ISTERI Allahyarham Pyanhabib, Zurina Zakariya tidak dapat menahan sebak semasa menunggu jenazah suaminya di Masjid As Sobirin, Lembah Keramat, hari ini. Penyair dan pelakon Mohd Supyan Abdul Rahman, 66, atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang, semalam. FotoBERNAMA

Imuda yang pernah membintangi dua filem bersama arwah turut berkongsi memori kali terakhir berjumpa seniman awal tahun ini dengan menonton semula filem Mat Som lakonan mereka,  juga dianggapnya sebagai memori yang akan dikenang sepanjang hayat. 

Vokalis kumpulan legenda Blues Gang, Ito Mohd turut berkongsi kesedihan atas pemergian Pyanhabib yang dianggapnya sebagai seorang seniman berbakat besar dan istimewa. 

ASHMAN Mohd Supyan Abdul Rahman menaburkan bunga mawar di pusara bapanya penyair dan pelakon Mohd Supyan Abdul Rahman, 66, atau lebih dikenali sebagai Pyan Habib di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, hari ini. FotoBERNAMA

“Arwah sepatutnya bersama dengan kami lusa untuk acara Kopi, Lagu dan Puisi di Bukit Malawati, Kuala Selangor, tapi dia telah pergi dulu,” katanya yang kali terakhir berbual dengan arwah sebelum Syawal lepas.  

Turut terkesan Sasterawan Negara Datuk Seri A Samad Said yang berasa kehilangan sahabat sejak awal pembabitan dalam dunia kesasteraan. 

“Saya harap dia dikenang selalu. Memang ada acara sastera berlanjutan jadi saya harap sangat dalam acara sedemikian dia akan diingati,” katanya yang juga menghargai sumbangan dalam bidang berkenaan. 

Pyanhabib meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang malam tadi akibat sakit tua dan meninggalkan isteri Zurina Zakaria, 58, serta dua anak Najihah, 31, dan Ahmad Ashman Farabi, 28. 

Jenazah Allahyarham Pyanhabib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lembah Keramat, AU4, Kuala Lumpur pada 11.30 pagi tadi. – Bernama

Continue Reading

Previous: UTP di kedudukan 300 terbaik dalam QS World University Rankings 2025
Next: Dr Ahmad Jailani dilantik Pengerusi SPA untuk tiga tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.