Dr Ahmad Jailani dilantik Pengerusi SPA untuk tiga tahun

Facebook
WhatsApp
DATUK Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Perkara 139(4) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata Ahmad Jailani mempunyai pengalaman luas selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam.

Katanya beliau memegang pelbagai jawatan penting dalam perkhidmatan awam antaranya Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Ahmad Jailani memiliki Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam Ekologi Landskap dan Pengurusan Alam Sekitar dari Universiti Hiroshima, Jepun. – Bernama

PRN NS: 401 pusat mengundi dibuka 8.00 pagi

SEREMBAN: Sebanyak 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dibuka serentak bermula 8.00 pagi ini, membolehkan