Putin, Trump akan bertemu pada tarikh lain – Utusan Khas Presiden Rusia Dmitriev

Facebook
WhatsApp
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump berjabat tangan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika mereka bertemu untuk berunding bagi menamatkan peperangan di Ukraine, di Pangkalan Bersama Elmendorf-Richardson di Anchorage, Alaska, Amerika Syarikat, pada 15 Ogos 2025 lepas.

WASHINGTON: Sidang kemuncak antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tetap diadakan, namun pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian, kata Utusan Khas Presiden Rusia bagi Kerjasama Ekonomi dengan Negara Asing merangkap Ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF), Kirill Dmitriev.

“Pertemuan antara Presiden Putin dan Presiden Trump akan berlangsung, tetapi mungkin pada tarikh lain,” kata Dmitriev dalam temu bual dengan CNN, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.

Beliau menjelaskan bahawa pertemuan itu bukan dibatalkan, sebaliknya hanya ditangguhkan.

“Ia perlu dirancang lebih teliti oleh pihak diplomat kita,” katanya.- Bernama-Sputnik/RIA Novosti