Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pustaka Miri sumbang 100 set pelindung muka
  • TEMPATAN

Pustaka Miri sumbang 100 set pelindung muka

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH…Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Permaisuri, Haslinda Jedi (tiga kanan) menerima alat pelindung muka yang disampaikan oleh wakil Pustaka Negeri Sarawak Miri, Mohd Awis Abu Bakar (empat, kanan) di Miri, baru-baru ini.

MIRI :  Pustaka Negeri Sarawak, Miri telah menyerahkan 100 set alat pelindung muka yang telah dicetak menggunakan perisian 3D baru-baru ini kepada tenaga pengajar serta petugas barisan hadapan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Permaisuri di sini. 

Penyerahan  alat  pelindung  muka  tersebut  telah  disampaikan  oleh wakil  Pustaka iaitu Mohd. Awis Abu Bakar serta Suzanna Abdullah kepada Pengetua  sekolah  tersebut Haslinda Jedi.

Pustaka menerusi  satu  kenyataan  berkata, pihaknya bersama-sama dengan agensi lain memainkan peranan dalam membantu memerangi situasi kekurangan peralatan pelindung diri bagi petugas-petugas yang berkhidmat terutama di barisan hadapan untuk kita.  

“Pustaka sedia memberi bantuan dalam apa jua cara untuk membantu mereka melaksanakan tugasan serta perkhidmatan mereka dengan selamat dan terlindung.

“Matlamat utama projek ini adalah untuk terus membantu dalam membanteras pandemik ini sehingga tamat dan membantu dalam memastikan agar sektor-sektor perkhidmatan yang sewaktu dengannya akan terus menerima bekalan peralatan perlindungan peribadi (PPE) bagi membantu mereka menjalankan tugas dengan selamat,” katanya.

Katanya, cetakan alat pelindung muka 3D akan dilakukan secara berterusan oleh Pustaka bagi mereka yang memerlukan. 

“Sekiranya ada yang memerlukan bantuan yang serupa, sila  berhubung terus dengan pihak kami di talian 085-422525,” katanya. 

Continue Reading

Previous: Kerajaan buat langkah terbaik
Next: Permulaan gelombang kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.