Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pusat Khidmat entiti paling rapat wakil rakyat setiap kawasan pilihan raya
  • SEMASA

Pusat Khidmat entiti paling rapat wakil rakyat setiap kawasan pilihan raya

Utusan Sarawak 3 months ago
TERIMA KASIH… Dr Annuar menerima cenderamata daripada Abdullah Saidol pada majlis perasmian Taklimat Pendaftaran Sarawak ID dan Permohonan Penerima SKAS Bersama Pusat Khidmat ADUN dan Parlimen di Pustaka Negeri Sarawak, Sibu, hari ini.
 
 

SIBU: Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen sebagai barisan hadapan antara kerajaan dan rakyat harus terlibat aktif dalam inisiatif dan program bantuan kerajaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Permbangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, ini kerana mereka (Pusat Khidmat) adalah entiti yang paling rapat dengan wakil rakyat di setiap kawasan pilihan raya.

“Pusat Khidmat ADUN dan Ahli Parlimen merupakan perantara bagi memastikan inisiatif kerajaan mencapai kumpulan sasar.

“Rangkaian luas mereka (Pusat Khidmat) dalam komuniti menjadikan mereka berada pada kedudukan yang baik untuk peranan ini,” katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis perasmian Taklimat Pendaftaran Sarawak ID dan Permohonan Penerima SKAS Bersama Pusat Khidmat ADUN dan Parlimen di Pustaka Negeri Sarawak, Sibu, hari ini.

Sementara itu, Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka dalam ucapannya memberitahu, kementeriannya akan bekerjasama dengan Pusat Khidmat ADUN dan Ahli Parlimen untuk melaksanakan inisiatif komputer riba percuma kerajaan Sarawak.

“Inisiatif tersebut menyediakan komputer riba kepada pelajar Sarawak yang mendaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

“Menteri saya, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn telah meminta agar Pusat Khidmat terlibat dalam mengedarkan komputer riba ini kepada pelajar,” kata beliau.

Dr Annuar turut memuji Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang menganjurkan taklimat dan melibatkan Pusat Khidmat dalam program SKAS.

“Saya akan bekerjasama dengan UKAS dalam program lain, terutamanya dalam bantuan pendidikan, untuk memastikan Pusat Khidmat memainkan peranan secara langsung dan masyarakat mendapat manfaat sepenuhnya daripada inisiatif kerajaan,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa banjir di Bintulu bertambah 26 orang, bahagian lain rekod penurunan
Next: Bencana: Syafinaz diterbangkan dari pedalaman untuk duduki peperiksaan STPM Isnin ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.