Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pupuk kesedaran terhadap adab, etika pelajar di masjid
  • PENDIDIKAN

Pupuk kesedaran terhadap adab, etika pelajar di masjid

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MAJLIS Ramah Tamah Aidilfitri anjuran JKP Bandar Simanggang di Dewan Khulafa Al Rasyidin, hari ini. Foto Iswandi Kassim

SIMANGGANG: Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid Bandar Simanggang akan mengadakan kerjasama strategik dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sri Aman serta sekolah-sekolah sekitar daerah itu.

Menurut Pengerusi JKP Masjid Bandar Simanggang, Azmi Morshidi berkata ia bertujuan bagi memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan terhadap adab serta etika pelajar semasa berada di kawasan masjid.

“Pihak kita akan membuat penambah baikan dari segi pengurusan dan pentadbiran masjid, termasuk usaha untuk digitalisasi pengurusan masjid serta meningkatkan kemudahan dan program keilmuan demi manfaat seluruh kariah.

“Khususnya bagi pelajar yang terlibat dengan aktiviti keagamaan atau pendidikan di masjid. Langkah ini dilihat sebagai usaha bersepadu untuk melahirkan generasi muda yang berilmu, berakhlak dan menghormati institusi masjid sebagai rumah Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran JKP Bandar Simanggang yang berlangsung di Dewan Khulafa Al Rasyidin, di sini hari ini.

Azmi berkata masjid perlu terus menjadi institusi yang dinamik dan inklusif, mendekati semua golongan masyarakat termasuk belia, wanita serta mualaf.

“Justeru itu, kerjasama erat semua pihak sangat diperlukan bagi merealisasikan impian menjadikan Masjid Bandar Simanggang sebagai pusat kecemerlangan komuniti Islam di bahagian ini,” katanya.

Majlis diserikan dengan persembahan oleh Unit Saudara Kita (USK) Bahagian Sri Aman, menampilkan kumpulan nasyid ‘Shereen’ yang mempersembahkan dua buah lagu menyentuh jiwa. Persembahan ini menyampaikan mesej tentang hidayah, kekuatan iman dan penghargaan terhadap Islam.

Kemuncak persembahan ialah alunan qasidah oleh Imam Abang Razali Abang Ramli, yang juga ahli JKP Masjid Simanggang. Qasidah bertemakan cinta Rasulullah SAW ini disampaikan penuh penghayatan dan mencetuskan ketenangan dalam kalangan hadirin.

Turut hadir Pegawai Agama Islam Bahagian Sri Aman, Ustazah Elisha Razali, Temenggong Mohd Shah Achang, Penghulu Zamahari Morshidi, ketua-ketua masyarakat Muslim Daerah Sri Aman, serta ahli-ahli jawatankuasa pengurusan masjid dan warga kariah sekitar.
Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pendidikan terus jadi keutamaan sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi
Next: Keputusan SPM SMK Kapit 2 terus meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.