Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan
  • GLOBAL

Puluhan dron serang Moscow, operasi di lapangan terbang ditangguhkan

Utusan Sarawak 6 months ago

Pihak berkuasa penerbangan Russia menghentikan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo, Zhukovsky, dan Sheremetyevo buat sementara waktu pada Ahad berikutan potensi serangan dron.

MOSCOW: Dua rumah dilaporkan terbakar dalam serangan dron Ukraine di Moscow, menurut Gabenor Wilayah Andrej Vorobiev, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Rumah-rumah itu terkena serpihan setelah dron-dron terbabit ditembak jatuh, menurut Vorobiev di Telegram.

Seorang wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan pada leher, muka, dan tangan, dan kini sedang dirawat di hospital.

Vorobiev menyifatkan insiden itu sebagai serangan dron berskala besar. 

Video di media sosial menunjukkan rumah-rumah yang sedang terbakar.

Menjelang 10 pagi (0700 GMT), Moscow berjaya menangkis 23 dron, menurut Datuk Bandar Sergei Sobyanin.

Kawasan yang paling terjejas di sekitar ibu kota termasuk Ramenskoye, Domodedovo, dan Kolomna, katanya.

Sistem pertahanan udara masih beroperasi.

Sementara itu, Xinhua melaporkan pihak berkuasa penerbangan Russia menghentikan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo, Zhukovsky, dan Sheremetyevo buat sementara waktu pada Ahad berikutan potensi serangan dron.

“Untuk memastikan keselamatan penerbangan pesawat awam, sekatan sementara telah dilaksanakan bagi operasi di Lapangan Terbang Domodedovo dan Zhukovsky mulai 8.03 pagi waktu Moscow, 10 November.

“Operasi penerbangan ditangguhkan buat sementara waktu,” kata Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Russia dalam satu kenyataan.

– BERNAMA-AGENSI

Continue Reading

Previous: Taufan Nika diramal mendarat di Filipina pada Isnin
Next: Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam serangan udara Israel di Lubnan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.