Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Puluhan ditahan di Paris selepas PSG mara ke final Liga Juara-Juara
  • SUKAN

Puluhan ditahan di Paris selepas PSG mara ke final Liga Juara-Juara

Utusan Sarawak 4 hours ago

Penyokong Paris Saint-Germain bersorak di sebuah bar di Paris menjelang aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich pada 6 Mei 2026. — Foto AFP

PARIS: Polis menahan 127 individu manakala 11 lagi cedera, termasuk seorang parah, susulan insiden di ibu negara Perancis selepas Paris Saint-Germain (PSG) mara ke final Liga Juara-Juara, kata Menteri Dalam Negeri Laurent Nunez pada Khamis.

Nunez berkata, 23 anggota polis turut mengalami kecederaan ringan dalam keganasan yang tercetus akibat sambutan liar selepas PSG seri 1-1 menentang Bayern Munich di Jerman sekali gus memastikan kemenangan agregat 6-5 pada separuh akhir.

“Seramai 127 individu ditahan di sekitar Paris, termasuk 107 di Paris,” katanya kepada saluran televisyen CNews dan stesen radio Europe 1.

“Sebelas orang cedera termasuk seorang parah akibat mercun,” katanya sambil mengecam insiden berkenaan.

Penyokong Paris Saint-Germain meraikan kejayaan pasukan mereka berhampiran Champs-Élysées di Paris selepas kelab itu mara ke final Liga Juara-Juara pada 6 Mei. — Foto AFP

Pejabat pendakwa raya memaklumkan kepada AFP bahawa tangkapan dibuat atas kesalahan “menyertai perhimpunan dengan tujuan melakukan keganasan, menyalakan mercun, melakukan kekerasan dan menyebabkan kerosakan melalui kebakaran”.

Beberapa kenderaan turut rosak dalam kekacauan itu.

Nunez memberi amaran bahawa polis akan bertindak “sama tegas” terhadap sebarang kekacauan pada 30 Mei nanti apabila PSG menentang Arsenal dalam final Liga Juara-Juara di Budapest bagi memburu kejuaraan kelab elit Eropah itu untuk tahun kedua berturut-turut.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan kekacauan,” katanya.

Beliau turut mengkritik Datuk Bandar baharu Paris, Emmanuel Gregoire kerana secara “sepihak” mengumumkan pembukaan zon penyokong di ibu negara itu pada 30 Mei.

“Kebiasaannya perkara seperti ini dibincangkan terlebih dahulu dengan prefek polis, tetapi itu tidak berlaku,” katanya. — AFP

Continue Reading

Previous: Masters Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mahu beri aksi cemerlang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.