Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pulau Pinang kembali ke Liga Super 2021
  • SUKAN

Pulau Pinang kembali ke Liga Super 2021

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMAIN skuad Harimau Kumbang yang berjaya layak untuk beraksi ke Liga Super tahun depan.• Foto BERNAMA

PULAU PINANG telah sah akan beraksi di Liga Super musim depan dengan berbaki tiga perlawanan selepas berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah pada Liga Premier musim ini.

Kejayaan skuad bimbingan Manzoor Azwira Abdul Wahid turut dibantu oleh keputusan pencabar terdekat Negeri Sembilan yang hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Perak II Sabtu lepas manakala UKM FC yang hanya seri 2-2 lawan Terengganu FC II dan Kelantan yang tewas 0-2 kepada Kuching FA malam kelmarin.

Manzoor Azwira berkata kejayaan pasukannya musim ini adalah atas beberapa sebab termasuk sokongan kerajaan negeri, pihak pengurusan dan para pemain yang bermain dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran layak ke Liga Super.

“Saya amat bangga dengan pencapaian ini tetapi kredit harus diberikan kepada semua pemain termasuk pihak pengurusan dan kerajaan negeri yang sentiasa memberi sokongan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Tambahnya, beliau turut berterima kasih kepada keempat-empat pemain import yang memberikan prestasi terbaik mereka dalam membantu pasukan ini layak ke Liga Super.

Manzoor Azwira berkata sasaran pasukannya kini adalah menjuarai Liga Premier musim ini dengan berbaki tiga lagi pelawanan.

“Untuk baki perlawanan nanti, kami akan cuba berikan aksi yang terbaik dan menghadiahkan satu lagi kejayaan iaitu muncul juara Liga Premier musim ini.

“Lagipun, Pulau Pinang belum pernah bergelar juara Liga Premier dan ini adalah kesempatan terbaik untuk berbuat demikian,” katanya.

Manzoor Azwira berkata saingan dan cabaran bermain di Liga Super musim depan sudah tentu berbeza justeru beliau tidak menolak kemungkinan pemain pasukannya akan dirombak untuk menghadapi Liga Super yang setiap pasukan akan diberi kelonggaran untuk mendapat khidmat lima pemain import.

Kini, skuad Harimau Kumbang telah berada di puncak Liga Premier dengan mengutip 20 mata daripada lapan perlawanan, diikuti pasukan Kuala Lumpur 17 mata di tangga kedua, JDT II dengan 14 mata, Terengganu FC II 13 mata manakala Kelantan dengan 11 mata.

Dua pasukan teratas Liga Premier akan layak ke Liga Super yang kali terakhir Pulau Pinang beraksi adalah pada 2017.-Bernama

Continue Reading

Previous: Djokovic julang gelaran kelima
Next: Ahmad tidak sabar beraksi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.