PUISI

Facebook
WhatsApp

Ibrah

Ibarat sumur

dari limpahan mata air

tidak pernah kering diceduk,

biarlah sebanyak mana

hujan berkirimsalam

ia tidak pernah membanjiri.


Begitu meneladani bijaksana

makin berisi memaknai

jangan pernah menyakiti.


Lt Kol (Dr) Mohd Fadzly bin Hj Miswan

Kuching, 21 April 2024.

Juang

ceritera menjelma igau

berbumbung langit merah

berlantaikan tanah keramat

belantara hanya taman permainan

air hujan mengalir deras

membasuh luka di tubuh

ketika jasad ditujah peluru

penawarnya berisi tekad

kembalilah kental semangat

menghabisi petualang durjana

jejak yang kauharung

mencoret sejarah panjang

kini potret di dinding keemasan

sarat menyimpan kenangan

pingat dirundung karat

saksi segala pengorbanan

yang sukar diungkapkan

kami teguh menjulang

kembaramu sang pejuang


Rawjie

28/11/24

SK Orang Kaya Muda Pakeri, Paloh

Takbir

Terdengar sudah

Takbir raya berkumandang

Jelas menandakan

Bahawa ramadan

Telah meninggalkan kita


Oh ramadan

Sungguh besar

Kesan yang kau tinggalkan

Dalam hati ini

Sehingga

Aku terasa sayu

Bila kau pergi


Ramadan

Kuharap kau pergi

Dengan senyuman

Dan

Janganlah kau pergi

Dengan rasa kecewa


Ramadan

Izinkanlah kami

Bertemu lagi denganmu

Pada tahun yang akan datang

Insha’Allah.


Nur Maisarah

Kedai yang Menjual Impian

SELURUH raga Mika bergetar apabila dia sedar memorinya lenyap dengan perlahan-lahan. Helaian demi helaian ingatannya menjadi kabur. Dua bulan sebelum

Puisi

Musim Di tengah petak sawah kuraup bongkah El Nino yang merekah garis tanganku dipenuhi debu. Dari laut awan tengkujuh mula