Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 4 months ago

Tanda Tanya?

Mata cakrawala memutar rahsia

sebuah pengakhiran tanpa permulaan

sedangkan nafas tuhan

memeluk semesta tanpa terlihat tangan-Nya

kurniaan tanpa sempadan

dimusnahi tanpa kerelaaan


adakah kita masih hamba-Nya

biarpun ajal rapat seinci

pada tanah dipijak

kekal buntu mengerti

sebuah kehidupan

mencari pegangan tanpa terlerai

tubuh lalai tanpa kudus membelai


usah persoal

baktimu padamu pada tuhan,

sedangkan akal gagal mentafsir

makna pengabdian

misteri alam gagal kau rungkai


Muhammad Hafiz bin Berahim

Kuching, Sarawak

18 Disember 2024

Pertama

aku kelas kosong yang sunyi,

kamu murid pertama mendiami.


kamu buku pertama yang aku selak,

aku huruf pertama yang kau ingat.


aku belajar membaca tangismu,

kamu belajar mengeja kasihku.


di mata aku, kamu harapan,

di dada kamu, aku pedoman.


(selamat hari lahir yang pertama

mengajar aku menjadi ibu)


Siti Hajar Ahmad

Marina Jaya, 22.11.2024.

Kesunyian

Di hujung malam yang tak bercahaya,

kesunyian datang,

seperti angin yang menjamah muka.

langit kelam,

menyimpan seribu satu rahsia,

aku hanya terdiam sepi tak terdaya.


Suaraku hilang,

tertelan dalam angin,

seperti air mata yang jatuh,

tak sempat berbunyi,

aku hanya menatap jauh,

di dalam ruang yang kosong,

mencari jejak,

namun yang ada hanya bayang.


Kesunyian ini seperti senja yang terlambat,

mengalir dalam darah,

meresap dalam tulang.

Dan aku, seperti merpati yang lupa terbang,

Menunggu cahaya yang tak kunjung tiba.


Kesunyian,

sahabat yang sejati,

menulis cerita di buku yang sepi.

bisu, tapi penuh dengan suara yang tak terdengar,

Kesunyian,

yang adalah sahabat sekaligus musuh.


Olyvia Idang

Continue Reading

Previous: Menelusuri Konflik dan Binaan Plot dalam Cerpen
Next: Singgah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.