PUISI

Facebook
WhatsApp

Penghujung Rindu

Tatkala rindu menyapa,

Sepi bersulam duka nan hiba.


Tatkala rindu menari di celah mimpi, 

Segala kenangan menjelma kembali.


Namun rindu ini,

Bukanlah derita abadi.


Rindu ini,

Cukup berlabuh disini.


Kerana dia,

Yang pernah bersama.


Kini tiada lagi,

Dan tak akan pernah kembali.


Nur Ashikin

IPGM Kampus Sarawak.

Dakapan Mega

Aku ingin mengusap lembut kabut pagi

setiap kali terpacak di puncak ardi

perit mendaki dari lembah kukira nanti

walau ranjau sepanjang jalan kutelusuri.


Mega setia mengekori langkah utuh

memayungi dari mentari garang menyuluh

redup bayunya mendakap tubuh

membawa beban pergi menjauh.


Berat hati mengatur langkah gelisah

meninggalkan alam kembali ke lumrah

mega memahami hati yang menangis resah

hadirnya dingin gerimis menemani jelajah.


Niniefadzillea Iswandi

Sekeping Pedoman

jangan sesekali

hidup, kaujadikan

kertas ujian


jawapan kaupilih

bukan salah dan betul

tiada gagal dan lulus


markah kauterima

selepas semakan

peri mendewasakan


Adie Abd Gani

Kuching, Sarawak

Sajak

Diam Diam. Ada kata — diam : bibir berkatup. Ada kata — diam : tiada tala. Kataku, Diam — tala

Antara Dua Diam

HARI pertama aku pegang dia. Kecil. Cerah kulitnya, ikut mak. Tangisannya kuat, seolah-olah dia belum bersedia menghadapi dunia. “Abang nak

Unsur Prosa dan Puitis dalam Sajak

APABILA membuat penelitian terhadap sesebuah sajak, selalunya usaha lebih tertumpu untuk memahami aspek intelektualisme dan nilai ilmunya. Namun pada masa

KGBS mahu Aku Janji guru diperhalusi

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyokong usaha Kementerian Pendidikan (KPM) memperkukuh keselamatan dan kebajikan murid, namun mahu pelaksanaan Aku