Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 6 months ago

Nestapa

Kerongkong malam mati dilapah

Ibu dongak sambil ibu potong lelah

Ibu kunyah sebelah abah

Ibu-ibu Nestapa lelah

Ibu-ibu sudah sudahlah

Nestapa dah rebah

Kata amarah Nestapa lemah

Ibu muntah potongan lelah

Nestapa jilat, Nestapa ludah

Abah hisap dengan payah

Ibu-ibu Nestapa mahu dipapah

Ibu- ibu matilah jadi lewah.


Ogiey Wagiman

Sepi Seorang Pelukis Tua

Studio kecil penuh warna

setiap kanvas menyimpan cerita

pelukis tua sepi sendiri

mengenang kisah gemilangnya


Lincah berus menari

mewarna kanvas dengan warna-warni

kini semuanya terhenti

warna hilang, semangat tercalar


Pada kanvas lusuh itu

drama pendek tersulam

pelukis tua mengukir senyuman

melukis yang tersisa dengan reda

meraikan masanya yang dahulu terang


Alice Mohd

Harapan yang Pudar

Di hujung senja yang

tidak lagi bercahaya

aku berdiri di antara bayang keraguan

mimpi-mimpi yang pernah

aku anyam dengan keyakinan

kini rapuh, jatuh

bagai dedaun kering ditiup angin.


Dulu,

aku adalah matahari di pagi yang cerah

menerangi dunia dengan semangat membara

namun badai kehidupan datang tanpa peringatan

membawa kabut penat yang menelan setiap cahaya.


Tersimpan lautan luka yang tak terlihat

gelombang kesedihan menghentam tanpa henti

namun meski terkoyak

cahayaku tidak sepenuhnya hilang

ia masih menyala di sudut hatiku.


Api itu, meski malap

ia kekal hidup

menanti saatnya untuk kembali terang

dalam keheningan malam yang paling kelam

akan tiba fajar baru

membawa harapan kembali pulang.


Nelly Geafley

SMK Dalat

Continue Reading

Previous: Kapsul Impian Jaja
Next: MENGISI KAPSUL MASA DEPAN DENGAN CERPEN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.