Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 10 months ago

Sederhana Saja

Jikalau sukakan hujan,

jangan kebasahan hingga jatuh sakit.


Jikalau sukakan senja,

jangan menanti senja hingga gelap-gelita.


Jangan menyeksa diri

   menikmati hujan dan senja

hingga lupa keterbatasan dunia.


Sederhana saja,

kita hanyalah manusia biasa.


Nur Ashikin

IPG Kampus Miri

Bertemu Bukan untuk Bersama

Wajahmu sarat dengan cinta

membuat bunga hatiku mekar

senyummu manis bak gula

menceriakan duniaku.


Tiba-tiba tatapanku ternoktah

tertampar dengan kenyataan

bahawa dirimu dan diriku

ditakdirkan cuma untuk bertemu

bukan untuk bersama.


Valenthia

Izinkanlah Daku

Setiap pagi memandangmu

berdegup-degup jantungku

sinar wajahmu

menguntum mekar tatkala kau di sisi


Saban hari mengingatimu

kepingin untuk menatap raut wajahmu

kau satu, kusanjungi

bayanganmu bermain di mataku


Setiap kali mengenangmu

beribu persoalan pada diriku

izinkan aku mendakap erat hatimu

jika ditakdirkan engkau teman sejiwaku

izinkanlah daku.


Nishantini

Continue Reading

Previous: Tiada yang Manis dari Imperialisme
Next: Kelab 11 Januari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.