Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 2 years ago

Kadang Terlupa Disanjung

Payung kasihnya menghalang titis cabaran

suara meniupkan bara semangat

bermusim dalam peluk doa

senyum tabah memimpin tangan mungil

langkah di simpang pengalaman

memagar amanat dijunjung

katanya

ada pelangi mengiring gerimis

waktu menjadi singkat

menuju puncak kedewasaan.

Dalam segala payah melunaskan amanah

keringat amarah kadang mencalar

sebalik hajat dan hasrat

memayung tempias mimpi siang

rajuk lelakinya jarang berterusan

mendinginkan beban hati

dialah tugu utuh memahami

meronakan tekad pada jalur hakikat.

Dalia Kasim

Kuching, 5 Februari 2023

loka gerhana

loka gerhana,

aku melihat masa depan seorang anak muda

dipermainkan wayang – wayang kota

siang adalah cerita membujuk rayu darjat & kuasa

malam jadi mukasurat kosong tanpa Tuhan & doa

hari gelap tanpa cahaya nasib

manusia kota sinis menjual pekerjaan

harga mahal perhambaan ke tua

matahari kota tenggelam dalam segelas khamar

mengkhayal penghuninya

bulang kota mengira waktu muda mengundur

terpecah kacanya memuntah pasir dosa

loka gerhana,

sekejap lagi hidup akan dicabut Tuhan

meninggal gelap memoir dalam bekas abu durja.

Angelo Taj

Penjurit Nasr Dhahab

Di tengah lapangan pasir yang sepi,

Bergemanya laungan senjata berapi,

Sungguh getir duka dan nestapa,

Di Syria tercetus yuda yang merana.

Lengkung khanjar yang lancip berkilat,

Menjerit membelah udara malam,

Menjarah sukma yang tidak berdosa,

Menyisakan duka yang tidak terkira.

Pahit kehilangan yang menjadi taruhan,

Semerbak wangi syahid jiwa melayang,

Berbekalkan doa, mengejar kemenangan,

Ibarat nur nan menerangi kekelaman.

Sesungguhnya rana bertakhtakan kezaliman,

Menjunjung kehancuran,

Menyebarkan kematian,

Namun di nusa, api abadi berkobar

Mengukir nama di langit Firdaus.

Nur Syahmin Shamsol

IPGK Rajang

Continue Reading

Previous: Sandiwara Arikitek Membina Rumah Minda
Next: Pseudointelektualiti “Sandiwara Arkitek Membina Rumah Minda”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.