Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 2 years ago

Si Perempuan

Manis si perempuan

usah ditafsir dengan setiap aksara.

Malah gagah si perempuan

juga bukan layak untuk tipuan indera. 

Jiwa si perempuan pula

punya upaya melemahkan roh 

dalam realiti dan ilusi.

Walau si perempuan itu

tidak pernah tahu tentang keperempuannya.

Farah Diyana

Sarat

Detik ini

Rasa dan fikir

Lemas dalam makna

Lenyap kata

Sirna jiwa

Kabur, lebur, hancur dalam lumpur

Menyusur pantai harapan

Biar sinar kembali benderang

Biar kata kembali bertandang

Menggalas sarat sebuah hasrat

Kasih yang Esa tiada terbebat

Mahrinawati Jalil

Kelab Penggiat Sastera Sarikei (KEPESSA)

Rindu Lagi


Terkadang seseorang lebih memilih
untuk tersenyum,
hanya kerana tak ingin menjelaskan
kenapa ia bersedih …

Tidakkah rindu masih kau anggap ada,
meski kau kubur dalam-dalam atau kau
karamkan di tengah samudera …

Tentangmu,
adalah senja yang selalu penuh
keindahan, dan tentangku
hanyalah malam yang larut dalam
keheningan …

Mohamed Azmeer Maula Hamdan

Kuching

Continue Reading

Previous: Hilang Gelap, Timbul Terang
Next: Bekalan ke Negeri Abadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.