Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 2 years ago

Bukan Cuma Kopi

Aroma kopi pertamaku tidak begitu harum sehingga

Menjadikan hidung ku pipih menghidunya

Rasanya pula teramat pahit sehingga

Membuatkan usus kecilku perih

Sampai bertahun-tahun aku memutuskan

untuk tidak meminum kopi lagi

Sehingga masa pun berlalu pergi

Kini

Tiba masanya untuk aku kembali

Kembali

Minum kopi yang lebih harum dan manis

Usus kecilku juga kembali percaya

Bahawa

Tidak semua kopi itu PAHIT

Namun ternyata

Nafas dan dadaku

Tersekat dan senak

Senak dalam angan-angan

hakikat sebenarnya

Pahit itu

BUKAN CUMA KOPI.

Askhairunisa Alwi

Mimpi

Kala hujan mendendangkan lagu di langit

Kala sejuk terasa menyebar menyelubungi

Hadir mimpi indah diiringi perit

Lantas mata terbuka meratapi

Apakah mimpi akan jadi realiti?

Katanya mimpi hanya mainan minda

Lantas mengapa hari redupnya terasa

Ku ingati mimpi, ku bayangi diri

Mendoakan mimpi hanyalah mimpi

Siti Hajar Ramli

Insinuasi Tuhan

Ar- Rahman lihat kamu kehausan,

Lalu dikurniakan telaga Zam Zam,

Basahi tekakmu dengan Bismillah,

Air kencing syaitan jua pilihanmu.

Ar- Rahim lihat kamu kelaparan,

Lalu dikurniakan Az-Zaitun, At–Tinn,

Alasi perutmu dengan Bismillah,

Hidangan haram jua pilihanmu.

Al -Basir lihat kamu kegelapan,

Lalu diciptakan mentari sinari siang,

Rembulan hiasi malam,

Tak tentu masa, maksiat jua permainanmu.

As- Samad lihat kamu kesesatan,

Lalu dihadiahkan Al Quran sebagai jalan,

Sunnah sebagai kenderaan,

Sesat di simpang bersiur jua pilihanmu,

Lalu Al -Aziz mendabik dambaannya,

Tsunami menggulung lautan,

Taufan menggegar awanan,

Gempa meranap daratan,

Gunung dan bukit jadi runtuhan,

Penyakit aneh jadi ancaman,

Menghukum lalainya insan

Pada wayang dunia penuh adegan

Bersinopsiskan penipuan

Al – A’lim bertanya pada usiamu setakat separuh abad cuma,

Apa kamu kerjakan?

Apakah kamu paksikan?

Terungkapkah kalammu pada kalimah?

Tertudingkah telunjukmu?

Tuhanmu itu Al–Malik di Yaumul Hisab

Layakkah kamu menerima gunung Rahmatnya….

Dengan segala apa yang diperlakukan,

Pada setiap inci tubuhmu, bersintuk di sumur dosa.

Hingga busa-busa sesal,lesap daripada kamus taubatmu

Hanya berpaksi pada kiblat kesesatan.

Lt Kol (Dr) Mohd Fadzly bin Hj. Miswan,

5 Jan 2023, Kem Penrissen.

Continue Reading

Previous: Saat Bumi Berhari Raya
Next: Bumi Ini Tidak Dijual

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.