Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • Puisi
  • WBS

Puisi

Utusan Sarawak 7 hours ago


Impian Seekor Ikan

impian seekor ikan

ialah menua bersama ombak

tapi jika dia tahu

setiap arus yang mengasuhnya

akan berakhir di perut nelayan

adakah dia menyesatkan diri

daripada dijala

sedangkan mereka

belajar berlapar

menunggu kematiannya

Abu Adil



Kepada Siapa Kutitipkan Surat ini

Malam ini aku tidak sepi

Bulan dan bintang cahayanya saling bersahutan

Menerangi kelam para saksi

Memberi ilham untuk berjuang esok hari.

Bertemankan lilin di penjuru meja

Lantas aku menulis

Memberi kisah baru pada lembaran ini

Yang aku tanamkan jiwa padanya

Kerana dia sahabatku malam ini

Mendengar rintihan rindu

dan hikayat malang pencerita

Menjadi bait puitis sandaran hati.

Aku lipatkan surat itu

Menjadi pesawat kertas yang melintasi cakerawala

Tiada alamat untuk mendarat

Menunggu takdir menentukan destinasi

Hentian abadi berkunjung tiba.

Hisyam Mohamad

Kampung Nyabor, Sarawak



Luka yang Tidak Akan Diwarisi

Ibu

di matamu yang meredup

senyummu yang palsu

tersimpan kasih luka.

Dan aku

mematri sumpah di atas luka semalam

 “Luka yang sama, takkan kubawa!”

Ayah

cukuplah drama dunia!

dunia yang engkau hamparkan luka.

Engkau cermin dalam kumelangkah

peta yang dusta

seringkali kupijak dan terpedaya

lalu rebah menjadi mangsa

arghh..kali ini tidak

 “kerana peta yang sama, takkan kujejak!”

Kenangan luka bersama senyum retak

di dada, perih ini berdenyut galak

kuharap anakku tak perlu sekuat aku

 “Sisa nestapa ini, biar mati di aku!”

Luka bukan untuk diwarisi

akan kupancung!

walau cinta berbekas masih

dalam senyum perih

sumpah kukunci

 “luka ini,

mati di sini!”

Halimah Ramli

Ibnu Khaldun, 2026

Continue Reading

Previous: Menyuluh Cahaya di Sebalik Bayangan Pengantin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.