Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • PRU2025 Singapura: 48 peratus mengundi setakat 12 tengah hari
  • GLOBAL

PRU2025 Singapura: 48 peratus mengundi setakat 12 tengah hari

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENGUNDI sedang memilih antara 11 parti politik dan dua calon Bebas yang bertanding bagi merebut baki 92 kerusi Parlimen di 32 kawasan pilihan raya. – Foto Bernama

SINGAPURA: Seramai 1,261,449 rakyat Singapura telah mengundi di 1,240 pusat pengundian di seluruh negara setakat 12 tengah hari Sabtu, menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD).

Dalam kemas kini menerusi saluran media sosialnya, jabatan itu memaklumkan jumlah berkenaan mewakili kira-kira 48 peratus daripada 2,627,026 pengundi berdaftar di semua kawasan pilihan raya yang dipertandingkan.

Pengundi sedang memilih antara 11 parti politik dan dua calon Bebas yang bertanding bagi merebut baki 92 kerusi Parlimen di 32 kawasan pilihan raya.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah memenangi lima kerusi tanpa bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Marine Parade–Braddell Heights pada hari penamaan calon.

Pusat pengundian dibuka dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Mengundi adalah satu kewajipan di Singapura.

Selain pengundian dalam negara, 10 pusat pengundian luar negara turut beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam waktu tempatan di bandar masing-masing, namun tidak boleh melebihi waktu penutupan rasmi di Singapura.

Pusat-pusat pengundian itu terletak di Dubai, London, Washington D.C., New York, San Francisco, Canberra, Tokyo, Beijing, Hong Kong dan Shanghai.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan SIngapura (ICA) dalam kemas kini di Facebook pada tengah hari tadi memaklumkan bahawa aliran trafik keluar di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pagi ini adalah amat sesak.

Pengembara dijangka berdepan kelewatan sehingga lima jam dan dinasihatkan memeriksa keadaan trafik sebelum memulakan perjalanan. -Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: PRU2025 Singapura: Lima tapak perhimpunan diluluskan untuk malam keputusan
Next: Bekas Perdana Menteri Tunisia dihukum penjara 34 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.