Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PRU15: PN tanding 169 kerusi Parlimen, 116 DUN 
  • NASIONAL

PRU15: PN tanding 169 kerusi Parlimen, 116 DUN 

Utusan Sarawak 3 years ago

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) — Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan akan bertanding di 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.

Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata daripada 169 kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan itu, Bersatu akan bertanding di 74 kerusi, PAS (64), Gerakan (20) dan Bersekutu (11).

Bagi peringkat DUN yang melibatkan Pahang, Perlis dan Perak, beliau berkata PAS bertanding 57 kerusi, Bersatu (41), Gerakan (14) manakala Bersekutu (empat).

“Perkara ini telah kita putuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN dan akan umum bakal calon bertanding kecuali bagi Kelantan dan Terengganu akan umum pada satu tarikh lain sama ada esok atau lusa,” katanya pada majlis pengumuman calon PN pada PRU15 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, malam ini.

–BERNAMA

Continue Reading

Previous: PRU15: Ismail Sabri, Zahid Hamidi pertahan Parlimen masing-masing 
Next: PRU15: Annuar Musa, Shahidan, Zahidi antara yang tidak dinamakan calon BN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.