IPOH, 2 Nov (Bernama) — Ketua Koordinator Komunikasi Barisan Nasional (BN) Mohd Shafiq Fhadly Mahmud diumum sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menggantikan pendakwah bebas Datuk Mohammad Kazim Elias.
Perkara itu diumumkan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Saarani Mohamad pada majlis pengumuman calon BN Perak bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
“Pertukaran ini kerana Ustaz Kazim menarik diri di saat akhir,” katanya.
Dalam ucapan pengumuman calon itu, Saarani yang bakal mempertahankan kerusi DUN Kota Tampan berkata tanggungjawab dan amanah kepada parti bukan sekadar sebagai calon tetapi juga apabila tidak dicalonkan.
“Bermakna yang hendak kita turun padang pujuk rayu, lihat
“Bermakna yang hendak kita turun padang pujuk rayu, lihat lambang dacing, lagi banyak undi lagi mudah menang,” katanya.
Saarani berkata BN akan bertanding di kesemua 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN pada PRU15.
— BERNAMA