KUCHING: Sekurang-kurangnya keputusan di tiga kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menyaksikan kejutan setelah saingan sengit berlaku sepanjang kempen 14 hari.
Kemenangan paling bergaya ialah apabila calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya merampas semula kerusi Parlimen Lubok Antu, Sarikei dan Sri Aman.
Calon GPS daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Roy Angau Gingkoi menafikan usaha penyandang kerusi Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang walaupun menang tipis dengan majoriti 100 undi.
Roy memperoleh 6,644 undi turut menewaskan dua calon lain iaitu pencabar terdekatnya Naib Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Johnichal Rayong Ngipa yang meraih 6, 544 undi dan Langga Lias dari PKR mewakili Pakatan Harapan (746 undi).
Jugah cuma mendapat Jugah 5, 360 undi dan pada PRU-14, menang atas tiket Bebas.
Sejarah tercipta di Parlimen Sarikei setelah calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Huang Tiong Sii berjaya merampas kerusi daripada gengaman dua penggal Parti Demokratik Progresif (DAP).
Huang, 53, memperoleh 20,080 undi, menewaskan calon muka baharu DAP, Roderick Wong Siew Lead, 32, dengan majoriti 3,697 undi. Wong mendapat 16,383 undi.
Tidak kurang hebat ialah calon muka baharu GPS bagi kerusi Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodi yang mencipta sejarah tersendiri apabila mengagalkan usaha calon Bebas, Datuk Masir Kujat bagi mempertahankan kerusi itu untuk penggal keempat.
Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu yang sebelum ini mencatat sejarah sebagai wanita pertama di Malaysia menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara memperoleh 14,131 undi.
Doris menang dengan majoiriti 4,039 undi menewaskan Masir yang cuma mendapat 5,673 undi, manala dua calon lain Wilson anak Entabang dari PSB mendapat 10,092 undi dan 2,021 undi untuk Tay Wei Wei, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewakili PH.
Bagaimanapun beberapa kerusi yang dianggap ‘panas’ sebelum ini dimenangi GPS seperti kerusi Parlimen Lawas, Puncak Borneo dan Selangau.